Hurriya Wellness Therapy

Rawatan Islam & Komplementari untuk kesejahteraan badan, minda dan jiwa. Dapatkan rawatan profesional melalui pendekatan holistik dan berpengalaman.

WhatsApp Untuk Temujanji

Tentang Hurriya

Pusat Rawatan Islam & Komplementari Profesional

Perawat Hurriya Wellness Therapy

Founder Hurriya Wellness Therapy

AL FADHIL TABIB USTAZ ZAINUDDIN

M.D.H • M.O.H • C.H • C.H.T • B.A (Hons)

KENALI PERAWAT ANDA

Pengasas Hurriya Wellness Therapy ini merupakan anak jati kelahiran Taiping, Perak dan kini menetap di Banting. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Medan sebelum melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Irshadiah ad-Diniah, Bagan Datoh serta Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting Selangor.

Minat mendalam dalam bidang agama membawa beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Theology) di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sejak tahun 2004, beliau aktif berkecimpung dalam bidang rawatan dan telah memiliki pengalaman lebih 20 tahun serta berjaya membantu merawat ribuan pesakit dari pelbagai latar belakang.

Selain memiliki Sijil Pengamal KKM, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan pelbagai sijil berkaitan rawatan, beliau juga aktif berkongsi ilmu melalui kursus dan latihan rawatan secara personal mahupun berkumpulan.

Jenis Rawatan

Pilih rawatan yang sesuai dengan keperluan anda

Ruqyah

Pengubatan Islam

Rawatan Kerohanian & gangguan Jiwa / Mistik , Pemagaran Rumah/Premis , Ikhtiar Zuriat , Pendekat Jodoh , Pemulihan RumahTangga, Pelembut hati anak / pasangan , Pemulihan Perniagaan Dan banyak lagi

Tanya Rawatan
Akupuntur

Akupuntur

Kaedah akupuntur dilakukan dengan mencucuk jarum halus pada titik saraf tertentu bagi membantu melancarkan aliran darah, merangsang sistem saraf dan mengurangkan gangguan dalam badan.

Tanya Rawatan
Bekam

Bekam

Kaedah bekam dilakukan menggunakan cawan khas pada titik tertentu badan bagi membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan angin, toksin serta ketegangan dalam badan.

Tanya Rawatan
Urut

Urut Terapi

Kaedah urutan dilakukan dengan teknik tekanan dan sentuhan pada otot, urat serta titik tertentu badan bagi membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan ketegangan otot dan melegakan tubuh.

Tanya Rawatan
Terapi Minda NLP

Terapi Minda / NLP

Kaedah terapi minda & NLP dijalankan melalui teknik komunikasi, relaksasi dan pemprograman minda bagi membantu mengenalpasti punca gangguan emosi, tekanan serta corak pemikiran negatif. Perawat akan membantu pesakit menenangkan fikiran, mengubah persepsi negatif kepada lebih positif serta membina keyakinan diri secara berperingkat.

Tanya Rawatan
Refleksologi

Refleksologi

Kaedah refleksologi dilakukan dengan teknik tekanan pada titik saraf tertentu di kaki, tangan atau muka yang berkait dengan organ dan sistem badan. Rawatan ini membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan stress, melegakan keletihan serta memberi rasa lebih tenang, ringan dan segar selepas rawatan.

Tanya Rawatan
Homeopathy

Homeopathy

Kaedah homeopathy menggunakan ubat semulajadi yang diformulasikan untuk membantu merangsang proses pemulihan badan secara menyeluruh. Rawatan ini memberi fokus kepada keseimbangan fizikal dan emosi bagi membantu meningkatkan kesihatan, mengurangkan ketidakselesaan tubuh serta membantu badan menjadi lebih stabil dan bertenaga.

Tanya Rawatan

KURSUS ANJURAN HURRIYA WELLNESS THERAPY

🌟 Sertai Kursus pengubatan Islam, Urut, Bekam, Refleksologi, Akupuntur & Homeopathy bersama tenaga pengajar berpengalaman lebih 20 tahun dan telah merawat ribuan pesakit. Kelas disediakan secara berkumpulan atau personal dengan pembelajaran teori & praktikal yang mudah difahami. Sesuai untuk yang ingin menambah ilmu, membantu masyarakat serta membina kerjaya dalam bidang rawatan komplementari & alternatif. Tempat terhad, daftar sekarang!

Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya Kursus Hurriya
Daftar Kursus Sekarang

Sijil & Pengiktirafan

Kelayakan, pengiktirafan dan kursus profesional

Sijil Pengamal PT&K KKM

Sijil-sijil Kursus

Nikmati rawatan secara lebih mudah, selesa & fleksibel bersama Hurriya Wellness Therapy. Anda boleh hadir terus ke tempat yang kami tentukan atau memilih servis rawatan ke rumah bagi memudahkan warga emas, pesakit uzur serta mereka yang mempunyai kekangan masa.

Kami komited memberikan rawatan terbaik dengan pengalaman lebih 20 tahun demi membantu anda mencapai kesihatan fizikal, emosi, minda & spiritual yang lebih baik.

Jangan Tunggu Sehingga Sakit Menjadi Lebih Serius

Dapatkan konsultasi dan temujanji rawatan melalui WhatsApp sekarang.

Hubungi Sekarang